Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wednesday, August 7

Demam RAYA ♥


Assalamualaikum!
Ini bukanlah demam sampai nak p hospital ye. Bukan bukan.
Ini demam nak menyambut bulan Syawal AidilFitri ♥
Masa ni la ada yang menghias rumah, mengecat rumah,
menukar perabot, menukar langsir, 
buat kuih raya & membeli-belah baju raya!
Termasuklah saya ;) Jom tengok, 
apa yang saya buat sempena nak menyambut bulan raya ni --->

Pertama, buat kuih raya!
Business kuih raya ni dah bertahun-tahun dijalankan 
sejak saya masih kecil lagi.
Dulu, mak yang berusaha keras menjalankan business kecil-kecilan ni.
Sekarang, turn saya la pulak membantu emak :)
Tapi sekarang, kami tak open order untuk public dah.
Untuk family sahaja. Tu pun dah beribu-riban order-nya.
Alhamdulillah, punca rezeki ketika hidup serba kekurangan dulu :')

 

Almond London.
50 biji (1 bekas) : RM20

 

Suji Bergula.
50 biji (1 bekas) : RM20

 

Tart Nenas.
50 biji (1 bekas) : RM20

 

Mazola.
50 biji (1 bekas) : RM20

 

Cornflakes Madu.
50 biji (1 bekas) : RM20

Okay sambung aktiviti seterusnya.

Kedua, baju raya!
Alhamdulillah, dulu beli baju siap je.
Sekarang, dah ada rezeki untuk tempah di butik.
Butik ni tak mahal pun, murah gila! 
Ternganga mulut saya & mak mendengar sebut harganya. Hehe
Ni saya kasi teaser baju raya yang dah siap.
Color memang sengaja di hitam putihkan. 
Tak surprise la raya nanti kalau dah tahu sekarang kan :P

 
  

Keterangan lanjut berkenaan butik:

Immortal Boutique Enterprise
Block C, -00-2, Kedai Perusahaan Awam Desa Rejang,
Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.
Contact person: Aida (017-610 0347)

Butik ni juga memberi perkhidmatan:
*Perunding perkahwinan.
*Pakej pertunangan.
*Pakej pernikahan.
*Pakej perkahwinan.
*Tempahan langsir.
*Tempahan sofa.
*Tempahan pelamin.
*Hantaran.
*Immortal Mehdi (Berinai).

Mari sambung lagi aktiviti seterusnya.

Ketiga, duit raya! Ngehhh
Alhamdulillah, rezeki bekerjaya tahun ni.
Ni la first time nak bagi duit raya kat bebudaks ni. Hehe
Siapa rasa dia bebudaks, meh salam akak seri masa raya nanti k? :P

 

Ini teaser duit raya. Dah berisi tu. Huihuihui
Color pun memang sengaja di hitam putihkan.
Sebab, warna sampul sama dengan tema warna baju.
So surprise lagi la nanti yek ;)

Dan lagi aktiviti seterusnya!

Keempat, cat rumah. Hehe
Bertungkus lumus, berkeringat peluh la mengecat rumah ni.

 

Dari dinding berwarna kuning & putih ber-border pink,
akan bertukar menjadi putih kelabu ;)
Nantikan transformasinya di hari raya nanti.
Nak tengok secara dekat, meh la datang rumah. Hihi

Dan rasanya ini aktiviti terakhir menjelang raya.

Aktiviti kelima, shopping raya!
Dan aktiviti inilah yang dinanti-nantikan.
Dengan sale berduyun-duyunnya. Phewww

 
 

Inilah hasil tangkapan untuk bekalan hari raya. Huihui
Alhamdulillah rezeki lebih bulan puasa nak raya ni.
Color pun memang sengaja di hitam putihkan.
Sebab, semua tu berkait dengan tema color baju raya.
So, sampai di sini sahaja untuk entri demam raya ni. Hiks

Nantikan kemunculan kami anak beranak 
berpakaian sedondon di hari raya yang mulia. Haha

Lots of ♥ SERI

*29hb Ramadhan 1434H - esok raya InshaAllah


No comments: