Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tuesday, July 23

Jang Ok-Jung ♥


Assalamualaikum ♥
It's korean drama! Haha
Siapa tengok cerita ni? Angkat telinga belah kanan! Hehe
Cerita ni ON AIR setiap hari Isnin - Selasa pukul 8:55pm.
Tapi tapi tapi . . . cerita ni habis tayang dah :P
Nak tahu cerita ni pasal apa? Scroll down!

 
Memperkenalkan barisan pelakon utama dulu. Dari kiri, Hyun Chi-Soo (bekas kekasih Jang Ok-Jung), Prince Dong Pyung Goon (dia admire Jang Ok-Jung), Jang Ok-Jung (heroin), King Lee Soon (hero), Queen In Hyun (permaisuri kedua), dan Sook Bin Choi (gundik atas dasar politik). 

Okay, mari start cerita! Jang Ok-Jung ni rakyat biasa je asalnya. Ayah dia seorang penterjemah di istana & ibunya pula seorang hamba abdi yang mengikut firasat dorang, akan kekal sebagai hamba sepanjang hidup. Ok-Jung pula terlepas dari menjadi hamba sebab ayah dia dah dapatkan surat pengesahan dari istana sejak dia kecil lagi. Dia seorang gadis yang baik, polos & bercita-cita. Dia bekerja sendiri sebagai pereka fesyen & dengan duit hasil jualan rekaan dia, dia nak bawak mak dia lari daripada menjadi hamba. Tapi, hajat dia tak tercapai sebab majikan mak dia kacau! Grrr. Kesian dia. Sudahnya dia takde kerja. Dan tiba-tiba pak cik saudara dia offer dia untuk jadi istanawati. Dia memang tak nak berkomplot dengan pak cik saudara dia, sebab pak cik saudara dia ni ada niat jahat nak balas dendam atas kematian anak dia yang dulu pernah jadi istanawati. Tapi satu hari, permaisuri balu parti selatan iaitu mak tiri kepada hero ni nak carik sorang gadis yang boleh jadi permaisuri kepada hero sebab hero ni raja. So, dia tak nak puteri dari parti barat yang naik jadi permaisuri sebab parti barat ni jahat! Termasuk la mak kandung hero, parti barat & jahat jugak. Haaa parti-parti dorang ni ibarat kita jugak yang ada parti pembangkang & kerajaan. Masa ni la, Jang Ok-Jung dibawak berjumpa dengan permaisuri balu parti selatan ni. Jang Ok-Jung disuruh jadik istanawati bilik tidur tapi dia tak nak, dia nak jadik istanawati bilik jahitan sebab kan dia pereka fesyen, so memang kat situ la jiwa dia. Hehe satu hari, dia dihantar untuk berjumpa hero (raja). Tetttt . . . nanti kejap! Ada kisah di sebalik Jang Ok-Jung dengan hero dia ni. Sebenarnya, sebelum Jang Ok-Jung masuk istana lagi, dia dah kenal hero tapi dia tak tahu yang hero ni adalah raja. Jeng jeng jeng. So dorang memang dah bercinta di luar. Bila dia tanya mana nak carik hero kalau nak jumpa/ bergantung harap la kan, hero cakap datang je istana. Hero menipu kata dia ketua keselamatan. Tu yang Jang Ok-Jung sanggup masuk istana, sebab ada lelaki yang dia cintai. Sweet gitu! Tapi . . . okay sambung tadi. Bila dia masuk je bilik raja tu, terkejut beruk la dia. Lelaki yang dia cintai tu adalah raja negara tu! Kalau kita, melompat suka haa. Tapi dia sedih la sebab terasa di tipu. Raja pun terkejut la macam mana kekasih dia ni boleh jadi istanawati. Start situ la Jang Ok-Jung cuba jauhkan diri. Dia rasa dia tak layak & setaraf la nak bercinta dengan raja sedangkan dia keturunan hamba. Sob sob. Tapi raja tetap kejar dia, tetap cintakan dia, nakkan dia, tak peduli status hamba tu. Oh yes! Ni la lelaki idaman semua gadis-gadis. Hehe tapi yang sedihnya, Ok-Jung tak nak & raja kena kahwin dengan pilihan antara parti dulu. So raja pun pilih puteri dari parti selatan. Yang ni --->

 
Queen In Kyung (permaisuri pertama)

Raja tak pernah sentuh pun permaisuri ni sebab dia tak cintakan pun. Tapi dia layan baik la permaisuri ni, dia bawak jalan-jalan semua. Jang Ok-Jung pulak pernah rekakan baju untuk permaisuri ni, so dorang kenal & dorang rapat. Tiap kali permaisuri nak jumpa raja, Ok-Jung la yang kena jadik stylist permaisuri ni. Bayangkan, betapa luluhnya hati Ok-Jung masa tu. Dia siapkan perempuan lain untuk berjumpa dengan lelaki yang dia cintai. Huu tapi permaisuri ni tak hidup lama, dia diserang penyakit cacar atau lebih dikenali di sini sebagai "chicken pop". Penyakit ni berjangkit kat permaisuri pertama sebab dia pergi buat lawatan dekat rumah sakit, kira hospital dalam istana la. Masa permaisuri pertama ni nazak, Jang Ok-Jung dengan raja yang ada di sisi. Istanawati lain semua tak nak jaga permaisuri sebab takut berjangkit. Jang Ok-Jung la yang jaga, dia dah anggap permaisuri pertama ni macam bestfriend dah :'( Akhirnya, permaisuri pertama mangkat di pelukan raja. Raja pun nangis la sebab dia sayang cuma tak cinta. Mak kandung raja pulak duk desak raja kahwin dengan puteri dari parti barat. Dan mak dia dah dapat tahu pasal raja cintakan Jang Ok-Jung. Apalagi, dihalaunya Jang Ok-Jung ni keluar dari istana. Raja pun terpaksa akur kahwin dengan puteri parti barat. Queen In Hyun (permaisuri kedua). Tapi dengan syarat, permaisuri kedua kena carik Jang Ok-Jung & bawak balik ke pangkuan raja. Permaisuri kedua ni tak jahat sangat. Dia terpaksa bersekongkol dengan mak kandung raja. Mak kandung raja yang jahat dengan Jang Ok-Jung. So Jang Ok-Jung kembali ke istana. Dilantik menjadi gundik raja. Selama dia jadik gundik raja ni la macam-macam mak kandung raja buat. Pernah suruh minum racun supaya tak dapat mengandungkan anak raja. Sebab nanti anak Ok-Jung la yang akan jadik waris diraja kan. Permaisuri kedua ni pulak mandul. Alahai sedihnya nasib dia memang tak boleh lahirkan anak raja. Dah la raja memang tak nak sentuh dia. Ok-Jung mengandung akhirnya. Tapi gugur sebab dipaksa naik kuda masa nak melawat rakyat & kuda tu dah diracun supaya dia menggila masa dalam perjalanan. Ni semua angkara mak kandung raja la. Haihhh pendengki betul! Sudahnya mak kandung raja mangkat. Rupanya, pak cik saudara Ok-Jung dah upah istanawati untuk letak racun dalam setiap makanan dia. Dan Ok-Jung pulak hamil kali kedua. Permaisuri kedua diturunkan takhta & dihalau keluar dari istana sebab cemburu & memfitnah Ok-Jung. Dengan semua menteri parti barat sekali dihalau. Ok-Jung naik takhta jadik permaisuri. Fuhhh finally! Masa ni pulak, permaisuri kedua hantar seorang istanawati dia untuk goda raja. Si genit Sook Bin Choi tu la! Raja pulak bosan dengan menteri-menteri parti selatan. Katanya, macam pak turut je. Semua benda setuju takde bantahan. Dia nakkan cabaran. So dia terima Sook Bin Choi sebagai gundik dia tapi dia tak sentuh pun. Dia terima tanda dia nak balik parti barat dalam istana. Tapi, si  Sook Bin Choi ni over! Konon raja sayangkan dia la, raja dah sentuh dia la, dah mengandungkan dia la. Padahal tak pun. Mati-mati la Ok-Jung jealous. Tapi Ok-Jung bertahan sampai la dia dihina rakyat masa dia buat lawatan ke rumah sakit. Pembesar-pembesar menteri pun tak suka Ok-Jung. Dorang hasut rakyat supaya bencikan Ok-Jung & nak permaisuri kedua naik balik takhta. Setelah difikir-fikir demi kebaikan raja & rakyat, Jang Ok-Jung mintak diturunkan takhta. Orang lain semua ingat raja yang turunkan takhta dia. Dorang tak tahu Jang Ok-Jung ni punya la baik manusia. Tapi raja tak halau dia keluar dari istana. Raja tetap nak dia ada di istana. Dia duduk dekat rumah yang raja buatkan khas untuk dia masa dia jadi gundik raja dulu. Permaisuri kedua pun naik takhta balik. Kebetulan, dulu masa ramal nasib permaisuri kedua ni, bomoh tu ada cakap yang permaisuri kedua ni akan mangkat sebagai perawan di istana. So masa ni, dia dah start sakit-sakit dah. Sakit dia tak dapat diketahui puncanya. Anak Ok-Jung pun sakit masa ni. Dapat penyakit cacar macam permaisuri pertama. So Ok-Jung pun panggil la bomoh untuk buat ritual bertujuan menyembuhkan penyakit anak dia. Tapi Sook Bin Choi ambik kesempatan kat sini dengan menuduh Ok-Jung buat ritual untuk sihir permaisuri kedua supaya mangkat. Sook Bin Choi ambik kesempatan ni sebab dia berangan nak jadik permaisuri. Yela, bila permaisuri kedua mangkat, Ok-Jung dituduh menyihir & mesti kena hukuman mati, dia la naik takhta kononnya. Masa permaisuri kedua nazak, dia panggil Ok-Jung & bermaaf-maafan la kat situ. Dia pun mangkat berpegangan tangan dengan raja. Raja pun sedih lagi. Sook Bin Choi tetap menuduh Ok-Jung yang menyihir permaisuri kedua. Bomoh yang buat ritual menyembuhkan anak Ok-Jung tu pulak menipu & sanggup mengaku Ok-Jung sihirkan permaisuri kedua sebab tak tahan kena seksa. Sudahnya, Ok-Jung mintak untuk mencabut nyawanya sendiri dengan cara minum racun. Raja tahu yang Ok-Jung tak sihir permaisuri kedua tu tapi bukti semua tunjukkan yang Ok-Jung buat. Ni semua kerja Sook Bin Choi tu la! Raja cuba nak selamatkan Ok-Jung dengan bagi kebenaran kepada bekas kekasih Ok-Jung bawak lari keluar dari istana. Tapi Ok-Jung tetap kembali ke istana untuk cabut nyawa dia sendiri. Masa ni sedih gila! Raja dah tak tahu nak buat apa dah. Raja terpaksa biar Ok-Jung minum racun tu sebab hormat keputusan Ok-Jung. Akhirnya, Ok-Jung mangkat di pangkuan raja :'( Ok-Jung kata, dia kembali ke istana demi cinta dia terhadap raja, demi anak dia. Dia nak mangkat di istana di mana lelaki yang dia cintai & anaknya berada. Huuu raja pun menangis sebab terpaksa biarkan Ok-Jung mangkat macam tu. Sad ending tapi happy jugak. Yela, siapa tak nak mati di pangkuan orang yang dicintai kan? :'( Makam Ok-Jung di tempatkan di sebelah makam permaisuri pertama & kedua. Bila raja mati pun, dimakamkan bersebelahan dia. Such a romantic love story! ♥ Dan ini beberapa cebisan gambar untuk ditatap.

 
 
Dorang memang ditakdirkan bersama sebenarnya.
Ni masa dorang kecik-kecik.

 
Masa pertama kali dorang berjumpa semula.
Masa ni Ok-Jung belum jadik istanawati.
Dia masih seorang pereka fesyen & dia tak tahu hero dia ni raja.

 
Ok-Jung dah jadik istanawati bilik jahitan. 
Dia dibuli disebabkan status keturunan hambanya :'(

 
 
Last sekali, saat dia mencabut nyawanya sendiri.
Dan saat kemangkatan dia :'(((

THE END!

 
Oooo begitu ceritanya. Panjang betul! Terima kasih pada yang sudi baca.
Saya sekadar berkongsi cerita kegemaran.

Pada sesiapa yang terlepas tengok/ baru nak tengok.
Silakan tengok di OneTVAsia :)

*nangis berbakul-bakul :'(

Lots of ♥ SERI


2 comments:

elin nur said...

3kali dah tgk...one hd n iflix..byk kali la nangis..3 last episod mmg heart broken lah...bengkak mata ni..hihi...so lovely couple...mmg cocok kan...pnh tgk cite dong yi..dlu minat cite tu..lps tgk cite jang ok jung..dh xminat cite tu..sejarah dong yi jang hee bin jahat sgt..dan gundik choi amat baiiiikkk....berbeza sgt dgn jang ok jung..tp sejarah sebenar mmg la lady jang ok jung ni jahat sikit..hihi...tp sejarah sebenar2nya..raja suk jong mmg amat syg n cintakan dia...kalo x..xde la dilantik ratu..dn slps jang mati..raja keluarkan dekrit xboleh mana2 gndik jadi ratu lagi..so..hnya lady jang je boleh..hihi

elin nur said...

3kali dah tgk...one hd n iflix..byk kali la nangis..3 last episod mmg heart broken lah...bengkak mata ni..hihi...so lovely couple...mmg cocok kan...pnh tgk cite dong yi..dlu minat cite tu..lps tgk cite jang ok jung..dh xminat cite tu..sejarah dong yi jang hee bin jahat sgt..dan gundik choi amat baiiiikkk....berbeza sgt dgn jang ok jung..tp sejarah sebenar mmg la lady jang ok jung ni jahat sikit..hihi...tp sejarah sebenar2nya..raja suk jong mmg amat syg n cintakan dia...kalo x..xde la dilantik ratu..dn slps jang mati..raja keluarkan dekrit xboleh mana2 gndik jadi ratu lagi..so..hnya lady jang je boleh..hihi