Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wednesday, July 31

Iftar with fam ♥ Satay Kajang Hj Samuri Tmn Melati


Assalamualaikum!
Harini berbuka puasa bersama keluarga lagi. Yeayyy ;)
Lokasi: Satay Kajang Haji Samuri, Taman Melati.

 
 

Saya makan Mee Hailam & 5 cucuk batang satay.
Yang lain adik-beradik kasi perhabih. Hehe

Lots of ♥ SERI


*22hb Ramadhan 1434H - 7 hari lagi nak raya InshaAllah


Monday, July 29

Iftar with fam ♥ Station 21 Sizzling Steak Bangsar


Assalamualaikum!
Harini kami se-family berbuka puasa di tempat biasa.
Station 21 Sizzling Steak, Bangsar.

 
 

Dan hidangan pun yang biasa jugak!
Black Pepper Steak ♥ my favorite
Selamat berbuka puasa semua ;)

Lots of ♥ SERI


Iftar with Primary + Secondary Schoolmate ♥ Warung Leko The Curve


Assalamualaikum!
Hari ni hari yang penuh excitement. Ewahhh
Berbuka puasa bersama primary & secondary schoolmate ♥
Ada yang lepas sekolah terus tak jumpa. Baru ni la dapat jumpa.
Lama ohhh. Kecuali Fittoo, hari-hari tengok muka dia kat opis. Haha
So, dorang plan 2 minggu awal untuk jumpa ni.
Lokasi: Warung Leko, The Curve.

 

Meet Fiza ;) Lady in red of the day. Hee

 

Dari kiri Oly, Fiza lagi, ME & Zara ;)

 

Meet Oly lagi, Fiza lagi lagi, Fitriyani & ME ;)
Kami berempat je SKJK2, yang lain SKJK1. Huihui

 

Meet Oly lagi lagi, Fiza lagi lagi lagi, 
Fitriyani lagi, ME, Dayah & Zara lagi ;)

 
 

And meet us! 5 orang dari SKJK1 & 4 orang dari SKJK2 ;)
Dari kiri bawah, Oly & Zara.
Dari kiri atas, Fiza, Fitriyani, Jue, Dayah, Awin, ME & Syiella.
*click on their name to get to know them on Facebook

 
 
 

Dari kiri meet AmirFarid, Iejoy, Arm, Endek & Aizat :)
*click on their name to get to know them on Facebook
Mereka yang kaum lelaki ni semua SKJK1.
So, saya kureng kenal. Hehe 

 
 

Happy Cola. Minum ni confirm happy! Yeayyy -..-

 

Udang Penyet yang sangat pedas!
Tangan kanan suap nasi, 
tangan kiri pegang tisu duk tahan hingus meleleh. Haha

Dan ini kami semua lepas berbuka puasa! Sangat happening ;)

 
 
 
 
 
 

Lepas tu nak tau kami pergi mana?
KARAOKE! Hehe terlupa bulan puasa sekejap :D
Lokasi: Golden Mic Sri Rampai Business Park.

 

Inilah biliknya yang hampir sama besar ruang tamu rumah saya!
Kami bayar untuk dua jam. Haa nyanyi la puas-puas.
Lagu raya pun kami layan :D

Memang seronok!
Kami share sekolah dulu.
Kalau SKJK1 sesi pagi, SKJK2 sesi petang.
Begitu juga la sebaliknya.
Sebenarnya kami gaduh-gaduh jugak masa tu.
Tapi benda tu kelakar je bila ingat balik.
Takde la nak bermusuh sampai sekarang.
Kami dah besar & sekarang kami share memori.
Hihi thanks korang korang ;)
Sampai ketemu lagi. InshaAllah!

Lots of ♥ SERI


Friday, July 26

4th week of July ♥ working


Monday 22/07/13 *13hb Ramadhan 1434H
 

Tuesday 23/07/13 *14hb Ramadhan 1434H
 

Wednesday 24/07/13 *19hb Ramadhan 1434H
 

Berbuka di Papa Johns KL Festival City bersama Fittoo ;)
Selamat berbuka puasa!

Thursday 25/07/13 *20hb Ramadhan 1434H
 
Jari ber-plaster sebab terhiris pisau :'(
Tak boleh masuk dapur agaknya, yela, masuk dapur je luka-luka. Heh

Friday 26/07/2013 *21hb Ramadhan 1434H
 

Lots of ♥ SERI


Wednesday, July 24

Iftar with BFF ♥ Papa Johns KL Festival City


Assalamualaikum!
Harini kami ngedate di Papa Johns KL Festival City ;)
Tapi sebelum nak tunggu waktu berbuka tu,
habis dah floor mall tu kami pusing-pusing cuci mata. Hehe
Tanya je kedai apa ada, kami tahu!

 
 
 

Feeling makan kat sini, memang feeling makan kat Itali Mexico gitu 
tapi lagu raya la yang berkumandang. Haha
Kami order Ramadhan Savers A!
Sebenarnya ia hidangan untuk 4 orang. Haha
Nampak tak buruk lantak di situ? :P
Tapi memang puas hati la makan.
Sampai merungut-rungut si Fittoo kenyang sangat. Hee
Dalam Ramadhan Savers A ni ada,
12" pizza (boleh pilih pizza sendiri & kami pilih Texas Heat)
ada cheesestick yang sangat la sedap!
Hidangan sampingan, Chicken Alfredo untuk Fittoo
dan Chicken & Mushroom Baked Rice untuk saya ;)
Air Pepsi ada 4! Tapi kami minum sorang 1 gelas je.
Lagi 2 gelas, sedekah dekat waiter handsome 
yang macam Taylor Lautner kat situ. Hikhiks
Nasib tak mintak autograph aje! Terpikir jugak nak ambik gambar :D
Dan tak lupa juga, Big Apple Donuts sorang 3 ketui.
Brrrrrr nak tersembam muka ke meja makan kenyang sangat.

Apa-apa pun, selamat berpuasa & selamat berbuka puasa semua.
*Fittoo baca doa berbuka, saya doa makan je terus ;)

Lots of ♥ SERI

19hb Ramadhan 1434H


Semua sama ♥


Assalamualaikum!
Pagi ni dah amik IC baru. Wohooo

 

Tapi apa yang semua sama?
Haa tengoklah gambar passport tu.
Gambar semua sama! Tunggu saya update gambar lesen nanti.
Pun sama! Barulah hidup konsisten. Haha ;)

Lots of ♥ SERI


HBKL :'(


Assalamualaikum!
Adik saya kena tahan ward kat HBKL.
Demam denggi berdarah!
Terkejut saya bila dia call nak cakap dengan mak,
pukul 11:30 malam tadi, time tu jugak kami rushing ke hospital.
Sebenarnya dah 5 hari dia demam tapi tak nak p hospital.
Ni pun girlfriend dia hantarkan sebab risau dia. Thanks erin :') 
Doktor cakap darah dia turun mendadak dari 100 ke 77.
Sebab tu kena tahan terus time tu.
Doakan adik saya cepat sembuh ye? InshaAllah.

 

Teringat masa saya kena dulu.
Setiap saat gusi akan berdarah beku & 
darah akan mengalir keluar dari setiap liang roma. Sangat scary!
Doktor siap marah mak dengan ayah macam ni:
"Kalau awak lambat 2 minit, awak menyesal seumur hidup!"
Alhamdulillah syukur saya masih berpeluang untuk teruskan hidup :')
Bila demam, terus p hospital check darah okay!
Jangan tangguh-tangguh, kita tak nak menyesal di kemudian hari kan?
So, ambillah langkah-langkah keselamatan membanteras denggi!
Pesanan ikhlas dari Seri Sendirian Berhad ;)


Lots of ♥ SERI


Tuesday, July 23

Jang Ok-Jung ♥


Assalamualaikum ♥
It's korean drama! Haha
Siapa tengok cerita ni? Angkat telinga belah kanan! Hehe
Cerita ni ON AIR setiap hari Isnin - Selasa pukul 8:55pm.
Tapi tapi tapi . . . cerita ni habis tayang dah :P
Nak tahu cerita ni pasal apa? Scroll down!

 
Memperkenalkan barisan pelakon utama dulu. Dari kiri, Hyun Chi-Soo (bekas kekasih Jang Ok-Jung), Prince Dong Pyung Goon (dia admire Jang Ok-Jung), Jang Ok-Jung (heroin), King Lee Soon (hero), Queen In Hyun (permaisuri kedua), dan Sook Bin Choi (gundik atas dasar politik). 

Okay, mari start cerita! Jang Ok-Jung ni rakyat biasa je asalnya. Ayah dia seorang penterjemah di istana & ibunya pula seorang hamba abdi yang mengikut firasat dorang, akan kekal sebagai hamba sepanjang hidup. Ok-Jung pula terlepas dari menjadi hamba sebab ayah dia dah dapatkan surat pengesahan dari istana sejak dia kecil lagi. Dia seorang gadis yang baik, polos & bercita-cita. Dia bekerja sendiri sebagai pereka fesyen & dengan duit hasil jualan rekaan dia, dia nak bawak mak dia lari daripada menjadi hamba. Tapi, hajat dia tak tercapai sebab majikan mak dia kacau! Grrr. Kesian dia. Sudahnya dia takde kerja. Dan tiba-tiba pak cik saudara dia offer dia untuk jadi istanawati. Dia memang tak nak berkomplot dengan pak cik saudara dia, sebab pak cik saudara dia ni ada niat jahat nak balas dendam atas kematian anak dia yang dulu pernah jadi istanawati. Tapi satu hari, permaisuri balu parti selatan iaitu mak tiri kepada hero ni nak carik sorang gadis yang boleh jadi permaisuri kepada hero sebab hero ni raja. So, dia tak nak puteri dari parti barat yang naik jadi permaisuri sebab parti barat ni jahat! Termasuk la mak kandung hero, parti barat & jahat jugak. Haaa parti-parti dorang ni ibarat kita jugak yang ada parti pembangkang & kerajaan. Masa ni la, Jang Ok-Jung dibawak berjumpa dengan permaisuri balu parti selatan ni. Jang Ok-Jung disuruh jadik istanawati bilik tidur tapi dia tak nak, dia nak jadik istanawati bilik jahitan sebab kan dia pereka fesyen, so memang kat situ la jiwa dia. Hehe satu hari, dia dihantar untuk berjumpa hero (raja). Tetttt . . . nanti kejap! Ada kisah di sebalik Jang Ok-Jung dengan hero dia ni. Sebenarnya, sebelum Jang Ok-Jung masuk istana lagi, dia dah kenal hero tapi dia tak tahu yang hero ni adalah raja. Jeng jeng jeng. So dorang memang dah bercinta di luar. Bila dia tanya mana nak carik hero kalau nak jumpa/ bergantung harap la kan, hero cakap datang je istana. Hero menipu kata dia ketua keselamatan. Tu yang Jang Ok-Jung sanggup masuk istana, sebab ada lelaki yang dia cintai. Sweet gitu! Tapi . . . okay sambung tadi. Bila dia masuk je bilik raja tu, terkejut beruk la dia. Lelaki yang dia cintai tu adalah raja negara tu! Kalau kita, melompat suka haa. Tapi dia sedih la sebab terasa di tipu. Raja pun terkejut la macam mana kekasih dia ni boleh jadi istanawati. Start situ la Jang Ok-Jung cuba jauhkan diri. Dia rasa dia tak layak & setaraf la nak bercinta dengan raja sedangkan dia keturunan hamba. Sob sob. Tapi raja tetap kejar dia, tetap cintakan dia, nakkan dia, tak peduli status hamba tu. Oh yes! Ni la lelaki idaman semua gadis-gadis. Hehe tapi yang sedihnya, Ok-Jung tak nak & raja kena kahwin dengan pilihan antara parti dulu. So raja pun pilih puteri dari parti selatan. Yang ni --->

 
Queen In Kyung (permaisuri pertama)

Raja tak pernah sentuh pun permaisuri ni sebab dia tak cintakan pun. Tapi dia layan baik la permaisuri ni, dia bawak jalan-jalan semua. Jang Ok-Jung pulak pernah rekakan baju untuk permaisuri ni, so dorang kenal & dorang rapat. Tiap kali permaisuri nak jumpa raja, Ok-Jung la yang kena jadik stylist permaisuri ni. Bayangkan, betapa luluhnya hati Ok-Jung masa tu. Dia siapkan perempuan lain untuk berjumpa dengan lelaki yang dia cintai. Huu tapi permaisuri ni tak hidup lama, dia diserang penyakit cacar atau lebih dikenali di sini sebagai "chicken pop". Penyakit ni berjangkit kat permaisuri pertama sebab dia pergi buat lawatan dekat rumah sakit, kira hospital dalam istana la. Masa permaisuri pertama ni nazak, Jang Ok-Jung dengan raja yang ada di sisi. Istanawati lain semua tak nak jaga permaisuri sebab takut berjangkit. Jang Ok-Jung la yang jaga, dia dah anggap permaisuri pertama ni macam bestfriend dah :'( Akhirnya, permaisuri pertama mangkat di pelukan raja. Raja pun nangis la sebab dia sayang cuma tak cinta. Mak kandung raja pulak duk desak raja kahwin dengan puteri dari parti barat. Dan mak dia dah dapat tahu pasal raja cintakan Jang Ok-Jung. Apalagi, dihalaunya Jang Ok-Jung ni keluar dari istana. Raja pun terpaksa akur kahwin dengan puteri parti barat. Queen In Hyun (permaisuri kedua). Tapi dengan syarat, permaisuri kedua kena carik Jang Ok-Jung & bawak balik ke pangkuan raja. Permaisuri kedua ni tak jahat sangat. Dia terpaksa bersekongkol dengan mak kandung raja. Mak kandung raja yang jahat dengan Jang Ok-Jung. So Jang Ok-Jung kembali ke istana. Dilantik menjadi gundik raja. Selama dia jadik gundik raja ni la macam-macam mak kandung raja buat. Pernah suruh minum racun supaya tak dapat mengandungkan anak raja. Sebab nanti anak Ok-Jung la yang akan jadik waris diraja kan. Permaisuri kedua ni pulak mandul. Alahai sedihnya nasib dia memang tak boleh lahirkan anak raja. Dah la raja memang tak nak sentuh dia. Ok-Jung mengandung akhirnya. Tapi gugur sebab dipaksa naik kuda masa nak melawat rakyat & kuda tu dah diracun supaya dia menggila masa dalam perjalanan. Ni semua angkara mak kandung raja la. Haihhh pendengki betul! Sudahnya mak kandung raja mangkat. Rupanya, pak cik saudara Ok-Jung dah upah istanawati untuk letak racun dalam setiap makanan dia. Dan Ok-Jung pulak hamil kali kedua. Permaisuri kedua diturunkan takhta & dihalau keluar dari istana sebab cemburu & memfitnah Ok-Jung. Dengan semua menteri parti barat sekali dihalau. Ok-Jung naik takhta jadik permaisuri. Fuhhh finally! Masa ni pulak, permaisuri kedua hantar seorang istanawati dia untuk goda raja. Si genit Sook Bin Choi tu la! Raja pulak bosan dengan menteri-menteri parti selatan. Katanya, macam pak turut je. Semua benda setuju takde bantahan. Dia nakkan cabaran. So dia terima Sook Bin Choi sebagai gundik dia tapi dia tak sentuh pun. Dia terima tanda dia nak balik parti barat dalam istana. Tapi, si  Sook Bin Choi ni over! Konon raja sayangkan dia la, raja dah sentuh dia la, dah mengandungkan dia la. Padahal tak pun. Mati-mati la Ok-Jung jealous. Tapi Ok-Jung bertahan sampai la dia dihina rakyat masa dia buat lawatan ke rumah sakit. Pembesar-pembesar menteri pun tak suka Ok-Jung. Dorang hasut rakyat supaya bencikan Ok-Jung & nak permaisuri kedua naik balik takhta. Setelah difikir-fikir demi kebaikan raja & rakyat, Jang Ok-Jung mintak diturunkan takhta. Orang lain semua ingat raja yang turunkan takhta dia. Dorang tak tahu Jang Ok-Jung ni punya la baik manusia. Tapi raja tak halau dia keluar dari istana. Raja tetap nak dia ada di istana. Dia duduk dekat rumah yang raja buatkan khas untuk dia masa dia jadi gundik raja dulu. Permaisuri kedua pun naik takhta balik. Kebetulan, dulu masa ramal nasib permaisuri kedua ni, bomoh tu ada cakap yang permaisuri kedua ni akan mangkat sebagai perawan di istana. So masa ni, dia dah start sakit-sakit dah. Sakit dia tak dapat diketahui puncanya. Anak Ok-Jung pun sakit masa ni. Dapat penyakit cacar macam permaisuri pertama. So Ok-Jung pun panggil la bomoh untuk buat ritual bertujuan menyembuhkan penyakit anak dia. Tapi Sook Bin Choi ambik kesempatan kat sini dengan menuduh Ok-Jung buat ritual untuk sihir permaisuri kedua supaya mangkat. Sook Bin Choi ambik kesempatan ni sebab dia berangan nak jadik permaisuri. Yela, bila permaisuri kedua mangkat, Ok-Jung dituduh menyihir & mesti kena hukuman mati, dia la naik takhta kononnya. Masa permaisuri kedua nazak, dia panggil Ok-Jung & bermaaf-maafan la kat situ. Dia pun mangkat berpegangan tangan dengan raja. Raja pun sedih lagi. Sook Bin Choi tetap menuduh Ok-Jung yang menyihir permaisuri kedua. Bomoh yang buat ritual menyembuhkan anak Ok-Jung tu pulak menipu & sanggup mengaku Ok-Jung sihirkan permaisuri kedua sebab tak tahan kena seksa. Sudahnya, Ok-Jung mintak untuk mencabut nyawanya sendiri dengan cara minum racun. Raja tahu yang Ok-Jung tak sihir permaisuri kedua tu tapi bukti semua tunjukkan yang Ok-Jung buat. Ni semua kerja Sook Bin Choi tu la! Raja cuba nak selamatkan Ok-Jung dengan bagi kebenaran kepada bekas kekasih Ok-Jung bawak lari keluar dari istana. Tapi Ok-Jung tetap kembali ke istana untuk cabut nyawa dia sendiri. Masa ni sedih gila! Raja dah tak tahu nak buat apa dah. Raja terpaksa biar Ok-Jung minum racun tu sebab hormat keputusan Ok-Jung. Akhirnya, Ok-Jung mangkat di pangkuan raja :'( Ok-Jung kata, dia kembali ke istana demi cinta dia terhadap raja, demi anak dia. Dia nak mangkat di istana di mana lelaki yang dia cintai & anaknya berada. Huuu raja pun menangis sebab terpaksa biarkan Ok-Jung mangkat macam tu. Sad ending tapi happy jugak. Yela, siapa tak nak mati di pangkuan orang yang dicintai kan? :'( Makam Ok-Jung di tempatkan di sebelah makam permaisuri pertama & kedua. Bila raja mati pun, dimakamkan bersebelahan dia. Such a romantic love story! ♥ Dan ini beberapa cebisan gambar untuk ditatap.

 
 
Dorang memang ditakdirkan bersama sebenarnya.
Ni masa dorang kecik-kecik.

 
Masa pertama kali dorang berjumpa semula.
Masa ni Ok-Jung belum jadik istanawati.
Dia masih seorang pereka fesyen & dia tak tahu hero dia ni raja.

 
Ok-Jung dah jadik istanawati bilik jahitan. 
Dia dibuli disebabkan status keturunan hambanya :'(

 
 
Last sekali, saat dia mencabut nyawanya sendiri.
Dan saat kemangkatan dia :'(((

THE END!

 
Oooo begitu ceritanya. Panjang betul! Terima kasih pada yang sudi baca.
Saya sekadar berkongsi cerita kegemaran.

Pada sesiapa yang terlepas tengok/ baru nak tengok.
Silakan tengok di OneTVAsia :)

*nangis berbakul-bakul :'(

Lots of ♥ SERI


Saturday, July 20

Iftar with PLKN buddies ♥ HR Steak House Kg Baru


Assalamualaikum!
Harini jom kita berbuka puasa sesama PLKN buddies saya.
Lama tak jumpa dorang nih! Rindu serindu-rindunya. Hehe
Lokasi: HR Steak House Kg. Baru.

 
 

My meal: Golden Chicken Blue with Fresh Orange.
Brppp sampai sekarang terliur lagi nih :D
Dan sila layan kerenah kami bermula dengan saya. Hehe --->

 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 

Finally, met these two girls!
Punyalah payah nak jumpa haa. 
Jodoh kami berjumpa di bulan puasa yang mulia ini. Hehe

 
Dari kanan: Saffura (Bravo), Me (Bravo), 
Erahmatul (Bravo), Khairul (Bf Erah), 
Ben10 (Delta), Upin Ipin (Delta), 
Zul (Delta a.k.a ketua meja), Rafi (Delta), 
Faiz (kawan Remy), Remy (Alpha), 
Fhikry (Delta), Afiq (Bravo), 
Daus (Delta) & Ariyan (Bravo)

Thanks korang sebab join.
Yang tak dapat join, sila jealous! Haha
Selamat berbuka :)

Lots of ♥ SERI

11hb Ramadhan 1434H