Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Thursday, May 2

That Winter, The Wind Blows ♥


Assalamualaikum 
It's korean drama! Haha
Siapa tengok cerita ni? Angkat bulu roma! Hehe
Cerita ni ON AIR setiap hari Rabu - Khamis pukul 8:40pm.
Tapi tapi tapi . . . cerita ni dah habis tayang dah :P
Nak tahu cerita ni pasal apa? Scroll down!


Oh Soo (hero) sangatlah handsome! Oh Young (heroin) sangatlah cantikya! Hehe okay okay sambung cerita. Oh Young ni buta. Tapi bukan sejak lahir. Masa dia kecil, elok je. Ni sebab dia banyak menangis. Mak ayah dia bercerai. Dia ada seorang abang, tapi mak dia tinggalkan dia & bawa abangnya. So dia, tinggallah dengan ayah dia. Dia ni, bapaklah kaya. Tapi tu la, bila kaya, orang mesti berkawan dengan dia untuk ambil kesempatan, nak nak dia buta pulak kan. Haihhh kesian dia. Abang dia terputus hubungan terus dengan dia. Kebetulan, ada seorang lelaki yang sama nama dengan abang dia. Dorang jadik member pulak. Cuma yang Oh Soo bukan abang dia ni, jahat, penipu, kaki judi, seorang yang tak bertanggungjawab. Oh Soo abang dia pulak, memang baik. Setiap memori dia dengan Oh Young, mesti dia cerita dekat Oh Soo yang jahat ni. Satu hari, jeng jeng jeng. Hee :) Oh Soo abang Oh Young yang baik ni, mati. Oh Soo yang jahat pulak, dia create plan jahat sebab dia ada hutang. Dia carik Oh Young tu sebab nak menyamar jadi abang dia. So, dengan cara tu, dia dapatlah masuk rumah Oh Young tu. Plan dia berjaya! Tapi, lama-kelamaan, dia makin sayangkan Oh Young ni tapi bukan sebagai adik. Maknanya? Dia dah jatuh cinta! Dia dah dapat tahu punca Oh Young ni jadik buta, dia berusaha untuk dapatkan pembedahan untuk Oh Young. Tapi, dalam masa tu, Oh Young dapat tahu yang Oh Soo ni jahat, bukan abang sebenar dia. Dia halau Oh Soo keluar dari rumah tu & bagi duit yang Oh Soo perlukan tu. Tapi Oh Soo, disebabkan dia dah jatuh cinta, dia dah sayang Oh Young ni, dia dah sedar apa yang dia buat selama ni tu salah, dia tak ambil pun duit tu. Nak jadikan cerita, Oh Young pun memang dah jatuh cinta dengan Oh Soo. Dia rasa sunyi lepas Oh Soo dah dihalau. Dia putus asa nak hidup & kelar tangan dia. Tapi sempat diselamatkan oleh Oh Soo sebab Oh Soo dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Ending dia, Oh Young berjaya buat pembedahan tu & dapatlah berjumpa dengan Oh Soo. Dorang mulakan balik kisah cinta official dorang sebagai kekasih. Bukan sebagai adik & abang lagi. Huhuhu what a wonderful story ♥ Jom tengok gambar-gambar romantik dorang --->


Ini Hee Sun & Jin Sung, yang buat plan jahat sama-sama dengan Oh Soo tu.
Tapi sudahnya, dorang pun sayangkan Oh Young tu.
Last sekali, dorang kahwin! ♥


THE END!

*nangis pastu senyum sampai telinga

Lots of ♥ SERI


No comments: