Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sunday, May 12

Happy Mother's Day ♥


Assalamualaikum!
Harini Hari Ibu se-Malaysia. Hehe
Tapi sebenarnya, hari-hari boleh jadi Hari Ibu kan?
Cuma, harini special lebih la. So, plan?
Kami adik-beradik, buat-buat biasa je.
Macam tak celebrate pun Hari Ibu ni.
*itu kononnya je depan mak
*belakang mak, soseh soseh la :D

 
 
Ku ajak mak temankan pergi beli kek.
Atas alasan teringin, dah lama tak makan.
Tapi ajak dah lama dah supaya mak tak syak.
Cuma pergi beli je harini. Hehe
Memang tak nampak sangat la nak celebrate.
Kat atas kek tu pun, ku tulis tarikh harini aje.
Sebab? Ada surprise sendirian berhad. Hehe
Ayah pun tak tahu surprise ni,
sebab ada surprise untuk ayah jugak! ;)
So, malamnya --->

 
Kami prepare semua macam biasa. 
Tapi tak bagi mak bukak dulu kek tu.
Mak dah tak sabar-sabar nak bukak 
sebab mak pun dah lama tak makan kek. Hehe
Bila mak bukak je kotak kek tu,
kami nyanyi . . . 

Happy Mother's Day to you,
Happy Mother's Day to you,
Happy Mother's Day to EMAK . . . 
Happy Mother's Day to you.

Dan kami sambung lagi nyanyi . . .

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to AYAH . . .
Happy Birthday to you.

 

Chocolate Cheese Berries Cake 

 
Haa, itulah surprise untuk ayah pulak. 
Sebab masa birthday ayah last month,
kami tak beli kek, tengok wayang & makan McD je!

*yang cucuk-cucuk atas kek tu, buat sendiri tau huhu

Mak & ayah sengih lebar aje masa kami menyanyi.
Sipu-sipu malu lettew. Huhu

Puan Sarimah & Encik Isham Marzuki . . .
Seri, Mariah, Mira, sayangkan mak ayah sepenuh hati kami.
Mak & ayah dah beri, dah pertaruhkan segalanya untuk kami.
Dah lebih daripada cukup dah!

Alhamdulillah, kami bersyukur.
Allah bagi kami kesempatan untuk buat semua ni.
InshaAllah, akan ada kesempatan lagi :')

Lots of ♥ SERI


No comments: