Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tuesday, May 14

Cheongdam-dong Alice ♥


Assalamualaikum 
It's korean drama! Haha
Siapa tengok cerita ni? Angkat ibu jari kaki! Hehe
Cerita ni ON AIR setiap hari Isnin - Khamis pukul 7:40pm.
Tapi tapi tapi . . . cerita ni dah habis tayang dah :P
Nak tahu cerita ni pasal apa? Scroll down!

 
Memperkenalkan barisan pelakon! 
Dari kiri So E Hyun sebagai Seo Yoon Joo, 
Park Si Hoo (hero) sebagai Cha Seung Jo/ Jean Thierry Cha, 
Moon Geun Young (heroin) sebagai Han Se Kyung 
& Kim Ji Suk sebagai Tommy Hong. 

Cerita ini mengisahkan seorang gadis miskin iaitu Han Se Kyung, yang bercita-cita ingin menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Tapi tu la, nak kejar cita-cita, bukannya senang. Dia apply kerja di GN Fashion yang memang nakkan pereka yang berkelulusan tinggi. Sayangnya, dia tak pernah ada pengalaman di luar negara & cara penampilannya yang agak simple telah membuatkan dia di ambil bekerja. Eh? Tapi bukan sebagai pereka fesyen, sebagai orang suruhan Puan Besar syarikat tu. Dia terpaksa terima sebab dia ada keluarga yang nak di tanggung, kerja pun susah dah nak dapat. Bagi dia, elok ada kerja daripada takde kerja langsung. Kesian kan? Hmmm bukan tu saja, bila dia dapat tahu siapa Puan Besar tu, lagi la kesian! Rupanya Puan Besar tu musuh masa zaman sekolah dulu. Seo Yoon Joo yang merampas pakwe dia dulu. Seo Yoon Joo ni pun bukannya asal orang kaya, miskin juga. Tapi dia guna cara kotor untuk kahwin dengan orang kaya. Tsk tsk tsk. Kalau korang nak macam tu? Semata-mata nak kaya, terpaksa gadai maruah semua. Haihhh bagi ku, biarlah kerja susah payah sendiri untuk kaya. Tak kaya pun tak apa, asalkan ada harta sendiri. Hee sambung balik. Han Se Kyung pulak dapat tahu rahsia Seo Yoon Joo ni. Tapi dia bukan nak balas dendam macam tu je, dia nak Seo Yoon Joo ni ajar dia macam mana nak jadik macam tu. Kahwin dengan orang kaya! Tapi, bukan dengan cara yang menggadai maruah. Ikut cara dia yang naif tu.

 
Akhirnya dia terjumpa la Jean Thierry Cha ni. Jean Thierry Cha plak jatuh cinta dengan dia. Tapi Han Se Kyung ni baik orangnya. Dia tak nak menipu hero. Dia mengaku semuanya pada hari dorang nak kahwin. Menangis la si Jean Thierry Cha tu! Nak lari bawak diri pergi Paris tapi tak jadi sebab Han Se Kyung tahan. Dia kata jangan lari daripada masalah. Selesaikannya dengan cara matang. Han Se Kyung berterus-terang yang dia memang betul-betul jatuh cinta kat Jean Thierry Cha ni bukan sebab harta. Tapi dah penat dah dia cuba buktikan, Jean Thierry Cha tetap tak percaya. Last-last, Han Se Kyung mintak putus. Dia pun tak nak bermimpi lagi untuk kahwin dengan orang kaya. Tapi, disebabkan cinta Jean Thierry Cha ni terlalu utuh untuk Han Se Kyung & dia pun percaya yang Han Se Kyung betul-betul cintakan dia bukan sebab harta, dia pun datang jumpa Han Se Kyung sambil berkata: "Winston Churchill pernah berkata: Orang yang tidak matang mencintai kerana memerlukan tetapi orang yang matang memerlukan kerana mencintai." Dorang pun peluk-peluk dan :* :* THE END! Hehe paham tak? Bezakan I love you because I need you dengan I need you because I love you. Anda akan faham :)

 
Ini antara scene yang kelakar.
Pada sesiapa yang terlepas tengok/ baru nak tengok.
Silakan tengok di OneTVAsia :)

*senyum sipu-sipu malu kita tauuu huhu

Lots of ♥ SERI


No comments: