Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wednesday, April 17

Milik Siapa Hati Ini? ♥


Dulu dia adalah primary schoolmate ku.
Dan sekarang dia seorang penulis buku.
Masih terbayang kegirangan sewaktu di alam persekolahan dulu.
Tetapi hampir 9 tahun, baru bertemu semula.
Dia kini sudah dewasa dan begitu juga aku.
Kami bertemu ketika ku masih bekerja di Mid Valley,
dia berada berdekatan atas urusan peribadi 
dan tidak lupa untuk melawat ku.
Eh macam sakit pulak nak melawat pun! Haha sambung, sambung . .
Dia menunggu ku tamat shift kerja & mengiringi perjalanan ku ke KTM.
Haa sampai situ jela, sempat la borak-borak sikit. 
Tak tanya perkembangan pun, 
cuma masih terkejut sebab boleh berjumpa setelah sekian lama.
Yang ku ni kenapa? Dah terikut jugak nak berbunga-bunga :D
So, sebagai tanda terima kasih sebab dia tak lupakan ku,
dan juga sebagai tanda sokongan terhadap bidang kariernya,
ku pun turut menjadi salah seorang peminat tulisannya.

 

Milik Siapa Hati Ini? by Qiu Aril

Cinta itu hadir dengan sendiri atau kita perlu mencarinya? Itulah persoalan yang bermain difikiran Azrul Haziq. Tanpa disedari cinta berputik setelah sekian lama mendekati Nurul Najwa. Gadis yang sempurna di matanya itu perlu ditawan hatinya. Bagi Najwa, kehadiran Azrul Haziq hanya sekadar teman biasa. Hatinya masih dirantai kasih Nazrul Irwan sejak dari bangku sekolah lahi. Namun, kebisuan Nazrul terhadap Najwa membuka ruang kosong buat Azrul Haziq. Kesabaran dan ketulusan Haziq kadang kala memikat hati kecil Najwa. Persoalannya, mampukah Najwa berterusan melariklan diri dan membohongi dirinya sendiri? Mampukah Haziq mempertahankan kesetiaannya walau sering disakiti? Apakah yang akan terjadi apabila cinta tidak dibalas dahulu, kini kembali dituntut? Pada akhirnya, siapa yang akan menjadi pemilik hati mereka?

"Disini, disaat ini. Cuma pintaku satu. Ku mahu kembali seperti dulu. Ku tagih penjelasan darimu. Kau pergi tanpa alasan yang harus ku akui. Berikan peluang untukku bersuara dan ke benarkan dirimu untuk bersuara" - Azrul Haziq
"Sekarang ini masalah dengan kau pula. Bila dah mula terima semula. Aku dah pesan yang kita ini hanya kawan. Kita kawan!!! Kenapa susah sangat nak faham?" - Nurul Najwa
 "Entahlah. Iwan sendiri pun tak boleh nak jelaskan. Satu hari nanti Wawa akan tahu juga. Ya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengikat hubungan kita. Itu Iwan akui" - Nazrul Irwan

Anda ingin tahu lebih tentang Milik Siapa Hati Ini?
Hubungi penulis buku di:

Selamat berurusan. Thanks for reading :)

Lots of ♥ SERI


2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Nur Seri Imar..;-)

Nur Seri Imar said...

Sama-sama :)