Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tuesday, April 16

I chose GARNIER ♥ Take Care


Assalamualaikum!

Haa dalam bebanyak produk kecantikan,
"I chose GARNIER to Take Care" sebab . . .
Ku minat Lisa Surihani! Eh? Okay-okay serious :P
Berpandukan kepada Garnier’s brand philosophy, 
ianya adalah antara produk yang specially designed for Asian skin.

So, inilah rangkaian produk yang ku guna --->

 

LIGHT Brightening & Oil Control Black Foam 100ml (RM11.90) 

Ianya berwarna hitam dan jangan ingat ianya dakwat ataupun kotor ye. Itulah keunikannya yang mengandungi extracts semulajadi iaitu EUCALYPTUS & MINERAL CLAY clay yang membantu dalam pemutihan kulit sekaligus mengawal kadar minyak di kulit muka. Eucalyptus/ pokok kayu putih itu adalah makanan kegemaran beruang koala. Alaaa beruang koala yang suka bergayut kat pokok kat Australia tu. Yang comel tomel tu. Hehe eucalyptus juga dikenali sebagai antiseptic yang melegakan kegatalan, mengurangkan kemerahan dan menghalang daripada kulit muka anda kering kusam ;) Mineral clay/ mineral tanah liat selalunya diadunkan dalam mask. Ia berkebolehan menarik kekotoran yang ada di permukaan kulit muka selepas dibersihkan! WOW! Bagi ku, produk ni memang berkesan. Ku baru pakai 2 minggu dah terasa kehebatannya. Lagipun, produk ni baru dikeluarkan di pasaran pada February lepas. 


LIGHT Complete Multi-Action Whitening Day Cream - Extra UV Protection 

Mengandungi extract herba dengan Vitamin C dan intipati lemon tulen. Extract herba dengan Vitamin C membantu mengurangkan kekusaman dan bintik-bintik hitam di kulit muka. Manakala, intipati lemon tulen pula, membantu menggelupaskan dan membuang sel-sel mati. Extra UV Protection tu pula membantu dengan lebih kuat lagi untuk sesi pencerahan kulit! Tak putih jugak, taktau la :D

LIGHT BB Instant Fairness BB Moisturizer with SPF26 PA+++ 20ml (RM19.90)

Menjanjikan 10 keberkesanan:
1) Lebih berseri. 
2) Lebih tona sekata. 
3) Kurang bintik hitam. 
4) Ketidaksempurnaan kurang kelihatan. 
5) Kurang kemerahan. 
6) Lebih licin. 
7) Lebih lembap. 
8) Garis-garis halus kurang kelihatan. 
9) Pori-pori kurang kelihatan.
10) Menampilkan kulit muka yang lebih bersinar.

LIGHT Visible Whitening Face Powder 10g (RM12.90)

Mencerahkan kulit dan bertahan bersinar bebas selama 6 jam dengan tekstur yang licin. Mengandungi Vitamin C yang membantu menghalang daripada pigmentation. Perlindungan UV SPF 18 membantu mencegah kulit terdedah kepada sinaran matahari dan mencegah bintik-bintik hitam. Tekstur bebas minyak membantu menyerap lebihan minyak sehingga 6 jam. Sesuai untuk guna hari-hari sebab ianya tak jelas kelihatan. Maksudnya, looks natural. Hehe 

Nah! Ku kepilkan helaian gambar
sebagai bukti ku berpuas hati dengan Garnier ♥

  
  

So, why not untuk ku dan anda-anda semua try? Tunggu apa lagi?!!! Hehe 
Yang ada "J Card (JJ Aeon Member Card)",
sila beli di sana. Ada discount! :D

Lots of ♥ SERI



No comments: