Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Monday, April 29

HB Ayah ♥


Assalamualaikum!
Pada tanggal 28hb April 1969,
lahirlah seorang insan yang bergelar bapa :')
Isham Marzuki Bin Ahmad Ideris, sekarang berusia 44 tahun.
Saya, Nur Seri Imar Binti Isham Marzuki, 22 tahun.
Ini bermakna, dah 22 tahun la ayah besarkan Seri.
Ini bermakna jugak, umur 22 tahun la ayah dapat Seri.
Awalnya ayah dapat baby! Seri bila? Eh? Haha
Sambung cerita . . .
So, malam tadi, kami sekeluarga keluar 
makan malam untuk celebrate birthday ayah.
Nak tahu kat mana? Scroll down! Hehe

 
Outfit of the day! Sanggup duduk atas meja haa.
Kalau tak, tak nampak la corak ala-ala Hawaii dekat seluar tu :P

 
Lokasi makan malam: Restoran Ton Phai, Kg Baru.
SERIOUS SEDAP GILA MAKANAN DIA & MURAH!
Bayangkan la, 5 orang makan segala seafood bagai,
total RM50 genap-genap! 
Kami semua ternganga je ingat dia salah kira.
So, kalau nak recommend tempat ni, memang bagus!
Pergi la! Sekarang!

Tapi . . . harini kan birthday ayah. Gambar ayahnya takde pulak.
A'ah kan? Sebab, ayah ku tak suka sangat bergambar.
Sempat la ambik gambar-gambar curi.
Tapi bukan pada hari kejadian. Contohnya macam ni --->

 
Ayah ku SUPERMAN! ♥

Kalau ambik gambar depan-depan, macam ni la jadi --->

 
Serious aje mukanya :P

Tapi, ada satu gambar spontan --->

 
Masa mandi air terjun.
Tersenyum ceria ayah ku :)

Happy birthday ayah ♥
Seri doakan ayah sihat sentiasa.
Dipanjangkan usia supaya dapat melihat anak ayah berjaya.
Bukan berjaya dalam pendidikan/ kerjaya saja,
malah ke anak cucu juga. Hehe
Dimurahkan rezeki & diberkati :')

Lots of ♥ SERI


No comments: