Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Thursday, April 18

Full House Take Two ♥


Assalamualaikum ♥
It's korean drama! Haha
Siapa tengok cerita ni? Angkat hidung! Hehe
Cerita ni ON AIR setiap hari Isnin - Khamis pukul 7:40pm.
Tapi tapi tapi . . . cerita ni habis tayang dah :P
Nak tahu cerita ni pasal apa? Scroll down!


Lee Tae Ik kehilangan kedua ibubapanya semasa kecil lagi. Dan untuk mempertahankan rumah yang digelar "Full House" itu (rumah dia dengan parents dia dulu), dia terpaksa bekerja keras sebagai artis K-Pop duo dengan partner dia, Won Kang Hwi. Kumpulan dorang diberi nama Take One. Dia bekerja keras menjadi popular untuk merebut rumahnya sendiri tu sebab manager jahat dia nak halau dia bila-bila masa je kalau dia tak bagi keuntungan dah untuk syarikat. Tapi things get complicated bila dia berjumpa dengan Jang Man Ok, guru seni mempertahankan diri Hapkido yang terpaksa menjadi penggaya dorang berdua ni sebab nak bayar hutang keliling pinggang. Haa kat situ la mulanya cinta tiga segi dorang ni. Won Kang Hwi sukakan Jang Man Ok tapi Jang Man Ok dalam diam sukakan Lee Tae Ik. Sama la Lee Tae Ik pun, dalam diam sukakan Jang Man Ok. Bergaduh hari-hari kononnya benci. Ego masing-masing tinggi. Alarrr ibarat pepatah kita, yang suka menjadi benci, benci menjadi suka tu la :) Jin Se Ryeong tu siapa? Haa ni penambah masalah! Dia ni pelakon popular dalam cerita ni, bekas kekasih Lee Tae Ik. Dah lama menghilang ke oversea, tiba-tiba balik menuntut kasih sebab dapat tahu Lee Tae Ik dah ada Jang Man Ok. Dengki saja! Haihhh nak tahu ending dia? Scroll down!


Ending dia, Jin Se Ryeong akhirnya lepaskan Lee Tae Ik sebab cinta dorang tu kuat & sebab Lee Tae Ik dah tak nak kat dia. Haha padan muka. Won Kang Hwi pun lepaskan Jang Man Ok sebab dia tahu yang dia tak mungkin dapat buat orang yang dicintai mencintai dirinya. Happy ending la ni! Yeayyy! Rumah "Full House" tu dapat balik kat Lee Tae Ik. Manager yang jahat tu dipecat sudah! Haha lagi satu! Di sebalik nama "Full House" tu, Full dalam bahasa Korea "Man", House dalam bahasa Korea "Ok". So, Jang Man Ok & Lee Tae Ik memang dah ditakdirkan bersama. THE END!

Pada sesiapa yang terlepas tengok/ baru nak tengok.
Silakan tengok di OneTVAsia :)


*sengih sampai telinga

Sekarang cerita yang gantikan Full House Take Two ni, 
Cheongdam-dong Alice!
Isnin - Khamis, 7:40pm.
Jangan tak tengok! :)

Lots of ♥ SERI


No comments: