Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wednesday, April 17

Abah, Adik Nak Kahwin! ♥


Nampak tajuk? Nampak tajuk?
Haa ni yang dah tak sabar sangat nak kahwin ni kenapa? :D
Erk? Sebenarnya . . . 
Bukan saya yang nak kahwin.
Tu tajuk novel la ;)
See!!! --->

 
 

Abah, Adik Nak Kahwin! by Aireen Erina (RM23.00)
Sekali kau lepaskan aku, berkali-kali aku datang kepadamu.

Ramai kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami. Farhana, anak bongsu yang celopar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita? Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang 'angin kus-kus' sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi... Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tidak lut dengan godaan palsu. Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun, hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu menjadi intan payung di hati suaminya seorang.

Anda ingin tahu lebih tentang Abah, Adik Nak Kahwin!?
Sila dapatkan di kedai buku berhampiran.
Keluaran Alaf 21 :)

Lots of ♥ SERI


No comments: