Blogger Templates

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ FB Page ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tuesday, April 30

Station 21 Sizzling Steak ♥


Assalamualaikum!
Malam ni, keluar mencari makanan.
Perut rasa nak meletop angin! :D

Lokasi: Station 21 Sizzling Steak, Medan Selera Bangsar.
The best & the cheapest steak ever!
Bersebelahan dengan Bangsar Village Mall.
Pergi ler try! Gerenti puas hati :)

 

And here's my meal --->

 
Black Pepper Fillet Steak 
Sila terliur :P

Lots of ♥ SERI



Ironman3 with Family ♥


Assalamualaikum!
Ni nak cerita pasal semalam.
Nak keluar date dengan Ironman.
Siap bawak mak ayah lagi tau.
Baru berkat hubungan. Haha

Ni masa tunggu ayah bersiap yang mengalahkan perempuan.
Hehehehehehehe annoying me --->

 

Okay! I'm ready to go!
Dalam mata, berputar-putar kepala Ironman. Hehe
Fuhhh excited nih ♥

 

We're here!
Location: TGV Cinema Wangsa Walk Mall.
Ironman3, 29/04/2013, 9:00pm ♥

 

IRON PATRIOT ♥ Colonel Rhodes 

 

Saya kasi 10 per 5 bintang! Boleh? Hehehe
Rasa nak nyanyi lagu FANTASTIC BABY je ♥
Dia punya best, rasa macam nak kahwin dengan Ironman je.
Hehe banyak sangat dah rasa ni :P
Rugi siapa tak pergi tengok lagi.
Pergi sekarang!

Lots of ♥ SERI


Monday, April 29

HB Ayah ♥


Assalamualaikum!
Pada tanggal 28hb April 1969,
lahirlah seorang insan yang bergelar bapa :')
Isham Marzuki Bin Ahmad Ideris, sekarang berusia 44 tahun.
Saya, Nur Seri Imar Binti Isham Marzuki, 22 tahun.
Ini bermakna, dah 22 tahun la ayah besarkan Seri.
Ini bermakna jugak, umur 22 tahun la ayah dapat Seri.
Awalnya ayah dapat baby! Seri bila? Eh? Haha
Sambung cerita . . .
So, malam tadi, kami sekeluarga keluar 
makan malam untuk celebrate birthday ayah.
Nak tahu kat mana? Scroll down! Hehe

 
Outfit of the day! Sanggup duduk atas meja haa.
Kalau tak, tak nampak la corak ala-ala Hawaii dekat seluar tu :P

 
Lokasi makan malam: Restoran Ton Phai, Kg Baru.
SERIOUS SEDAP GILA MAKANAN DIA & MURAH!
Bayangkan la, 5 orang makan segala seafood bagai,
total RM50 genap-genap! 
Kami semua ternganga je ingat dia salah kira.
So, kalau nak recommend tempat ni, memang bagus!
Pergi la! Sekarang!

Tapi . . . harini kan birthday ayah. Gambar ayahnya takde pulak.
A'ah kan? Sebab, ayah ku tak suka sangat bergambar.
Sempat la ambik gambar-gambar curi.
Tapi bukan pada hari kejadian. Contohnya macam ni --->

 
Ayah ku SUPERMAN! ♥

Kalau ambik gambar depan-depan, macam ni la jadi --->

 
Serious aje mukanya :P

Tapi, ada satu gambar spontan --->

 
Masa mandi air terjun.
Tersenyum ceria ayah ku :)

Happy birthday ayah ♥
Seri doakan ayah sihat sentiasa.
Dipanjangkan usia supaya dapat melihat anak ayah berjaya.
Bukan berjaya dalam pendidikan/ kerjaya saja,
malah ke anak cucu juga. Hehe
Dimurahkan rezeki & diberkati :')

Lots of ♥ SERI


Sunday, April 28

HB Nurul Saffura ♥ PLKN Buddy


Assalamualaikum!
Pada tanggal 28hb April 1991,
seorang gadis yang diberi nama Nurul Saffura telah dilahirkan.
Yeayyyy! Hehe kami sebaya, 22 tahun.
Tapi kami kenal masa dalam PLKN.
Kami dua-dua budak tangguhan.
Kebetulan, dua-dua study kat Kuantan.
Cuma tak pernah jumpa je.
Mungkin la pernah terselisih tapi masa tu belum kenal lagi :)
Dalam PLKN ni la kami rapat.
Siap ada yang ingat kami ni kembar.
Hee kembar lain mak ayah.
Mungkin sebab mata kami yang sepet?
Tapi mata dia lagi sepet. Huuuu :P

 

Happy Birthday Fufu! ILOVEYOU ♥

*bila kita keluar nanti, kita celebrate birthday awak k?
Biar lambat, asal selamat. Eh? Haha

Lots of ♥ SERI


Friday, April 26

Shopping Online: Muslimah Lover


Assalamualaikum!
Finally, stock untuk memenuhkan almari dah sampai.
Huhu nak nangis rasa bila dapat barang ni.
Cantik MashaAllah haa :D

 
5 pieces bought! ♥
Yang leopard tu free gift atas baik budi owner business ;)

 
 
 
3 pieces di atas adalah square hijab, RM25 each.
My very favorite pieces! ♥

 
 
2 pieces atas ni pulak, RM16 each.

Cantik-cantik belaka. Nak beli? Nak survey dulu pun boleh.
Sebab banyak lagi yang akan di restock by owner.

Check this out! Muslimah Lover's:

Ataupun boleh terus contact owner:
Twitter: @ainNasiruddin

Selamat membeli-belah :)

Lots of ♥ SERI


4th week of April ♥ working


22/04/13 Monday
 

23/04/13 Tuesday
 

24/04/13 Wednesday
 

25/04/13 Thursday
 

26/04/13 Friday
 

Lots of ♥ SERI


Tuesday, April 23

King of Ambition ♥


Assalamualaikum 
It's korean drama! Haha
Siapa tengok cerita ni? Angkat telinga! Hehe
Cerita ni ON AIR setiap hari Isnin - Selasa pukul 8:50pm.
Tapi tapi tapi . . . cerita ni dah habis tayang dah :P
Nak tahu cerita ni pasal apa? Scroll down!

 

Haa tengok tu poster dia, berdarah uolls! So, cerita dia pun berdarah la. Berairmata darah haa sob sob :'( Okay saya start secara ringkas. Ju Da Hae ni asalnya orang miskin. Ada sorang ayah tiri yang jahat! Sampai satu masa, dia tertikam ayah tiri dia. Ha Ryu pulak datang & sanggup mengaku kesalahan dia. Dorang berkahwin, dapat anak perempuan Eun Byul. Tapi bila dia dah berjaya, dia sanggup tinggalkan laki & anak perempuan dia semata-mata nak kaya. Dia tak nak hidup susah. Means dia ni nak kahwin dengan anak orang kaya. Padahal, laki dia yang tanggung dia masa dia belajar sampai berjaya dulu.So, start situ la macam-macam konflik happen sampai la dia jadi Wanita Pertama Korea. Woo hebat woo kahwin dengan Presiden. Ending dia? Scroll down!

 

Dari kiri Seok Soo Jung anak presiden Korea, Baek Do Hoon anak orang kaya yang dia kahwin tu, Ju Da Hae, Ha Ryu & Baek Ho Dung kakak @ mak kandung Baek Do Kyung. So, mari kita sambung ending dia. Baek Do Hun, laki kaya dia tu dah mati, kena bom! Sebenarnya bapak dia nak bom Ju Da Hae tapi anak dia plak yang mati. Anak Ju Da Hae pun mati kena langgar lori. Tu yang lagi kuat Ha Ryu bekas laki dia tu nak balas dendam. Habis segala rahsia-rahsia konflik Ju Da Hae masa nak naik jadi wanita pertama Korea dibongkar oleh Ha Ryu bekas laki dia yang masa tu menyamar jadi abang kembar dia, Cha Jae Woong sebagai peguam siasat persendirian. Yela, nak siasat bini presiden weh. Ju Da Hae akhirnya diceraikan oleh presiden & dihalau dari rumah agam. Masa ni kira Ju Da Hae jatuh habis la, masyarakat semua dah benci gila dekat dia! Abang tiri dia pulak dah dapat tahu yang Ju Da Hae ni sebenarnya yang bunuh ayah tiri tu, dia pun langgar lari Ju Da Hae ni. Ha Ryu kebetulan tengah kejar Ju Da Hae, berlari pergi selamatkan dia. Dua-dua kena langgar. Dua-dua jugaklah masuk ICU. Akhirnya, Ju Da Hae mati tapi dia sempatlah minta maaf dekat Ha Ryu dengan ikhlas hati. Dalam bayangan Ha Ryu, Ju Da Hae balik rumah lama dia yang miskin tu, kembali ke pangkuan keluarga main-main dengan Eun Byul anak dorang. THE END!

Pada sesiapa yang terlepas tengok/ baru nak tengok.
Silakan tengok di OneTVAsia :)

*nangis sedu-sedu

Lots of ♥ SERI


Saturday, April 20

Highschool Mate ♥ BFF


Assalamualaikum! :)

Plan jejalan harini takde nak ke mana pun. 
Tapi excited lebih sebab nak jumpa highschool mate 
yang hampir 3 ke 4 tahun tak jumpa.
Masa jumpa kat depan 7Eleven bawah jejantas stesen bus tu,
terus kami berpeluk sakan sampai kereta yang lalu duk hon-hon!
Eh sibuk aje, biarlah kami nak feeling-feeling kejap kan? :D
Dan kami juga nak melawat highschool mate yang dah melahirkan baby.
Wahhhh! Sebaya tapi dia dah ada baby. Ku bila lagi? Eh :D
So, jangan buang masa. Tak sabar nak tengok baby kan?
Ni dia! Baby boy tauuu --->

 
Muhammad Hazim. Harap maaf, nama penuh tak ingat.
Jenuh dah mengingat, tapi tak hafal jugak :D Nyanyuk dah ~
Lahir pada 26hb Febuari 2013.
Tarikh dia sama dengan tarikh lahirku.
26hb November 1991, bulan & tahun je lain.
Of course la kan. Hehe
Mak baby ni pun ada cerita sikit la experience dia bersalin tu.
Yang penting, SAKIT! Arghhh terus tak nak dengar. Haha
Tapi dia cakap best ada anak sendiri.
Sob sob, nak jugakkkkk! Uwaaa :'( over je -..-

Dan . . kami-kami yang perasan nak jadik ibu mithali.
Sampai gambar mak baby pun lupa nak snap.
Duk sibuk snap gambar kami je. Haha
Siapa-siapa yang kenal, nama mak baby ni,
Erika Binti Al-Munir :)
Dan . . kami jugaklah highschool mate dia 
yang pertama sampai rumah dia.
Hehe alhamdulillah tak sesat :D

 
 
Tak nak lama-lama kat rumah orang, tak syiok pulak kan? :)
So, lepas maghrib, kami gerak jalan kaki ke McDonalds.
Sambil jalan tu, bercerita sakan haa sampai berpeluh ketiak. Hehe

 
  
 
  
Memang rindu gila-gila minah ni!
Dari sekolah rendah sebenarnya kitorang kenal.
Tapi start rapat masa highschool ler sebab kelas sama.
Pastu, kami selalu tunggu kat stesen bus shell Tawakal lama tu,
tunggu nak jalan pergi sekolah sama-sama.
So, kalau lambat pun, sama-sama lambat la jugak :D
 Kena kutip sampah sekitar sekolah. Hehe
InshaAllah lepas ni plan nak jumpa lagi.
Shopping sama-sama pulak. Hee
ILOVEYOU Fitriyani Wirdy!

Lots of ♥ SERI


Friday, April 19

3rd week of April ♥ working


15/04/13 Monday
 

16/04/13 Tuesday
 

17/04/13 Wednesday
 

18/04/13 Thursday
 

19/04/13 Friday
  

Lots of ♥ SERI


Thursday, April 18

Full House Take Two ♥


Assalamualaikum ♥
It's korean drama! Haha
Siapa tengok cerita ni? Angkat hidung! Hehe
Cerita ni ON AIR setiap hari Isnin - Khamis pukul 7:40pm.
Tapi tapi tapi . . . cerita ni habis tayang dah :P
Nak tahu cerita ni pasal apa? Scroll down!


Lee Tae Ik kehilangan kedua ibubapanya semasa kecil lagi. Dan untuk mempertahankan rumah yang digelar "Full House" itu (rumah dia dengan parents dia dulu), dia terpaksa bekerja keras sebagai artis K-Pop duo dengan partner dia, Won Kang Hwi. Kumpulan dorang diberi nama Take One. Dia bekerja keras menjadi popular untuk merebut rumahnya sendiri tu sebab manager jahat dia nak halau dia bila-bila masa je kalau dia tak bagi keuntungan dah untuk syarikat. Tapi things get complicated bila dia berjumpa dengan Jang Man Ok, guru seni mempertahankan diri Hapkido yang terpaksa menjadi penggaya dorang berdua ni sebab nak bayar hutang keliling pinggang. Haa kat situ la mulanya cinta tiga segi dorang ni. Won Kang Hwi sukakan Jang Man Ok tapi Jang Man Ok dalam diam sukakan Lee Tae Ik. Sama la Lee Tae Ik pun, dalam diam sukakan Jang Man Ok. Bergaduh hari-hari kononnya benci. Ego masing-masing tinggi. Alarrr ibarat pepatah kita, yang suka menjadi benci, benci menjadi suka tu la :) Jin Se Ryeong tu siapa? Haa ni penambah masalah! Dia ni pelakon popular dalam cerita ni, bekas kekasih Lee Tae Ik. Dah lama menghilang ke oversea, tiba-tiba balik menuntut kasih sebab dapat tahu Lee Tae Ik dah ada Jang Man Ok. Dengki saja! Haihhh nak tahu ending dia? Scroll down!


Ending dia, Jin Se Ryeong akhirnya lepaskan Lee Tae Ik sebab cinta dorang tu kuat & sebab Lee Tae Ik dah tak nak kat dia. Haha padan muka. Won Kang Hwi pun lepaskan Jang Man Ok sebab dia tahu yang dia tak mungkin dapat buat orang yang dicintai mencintai dirinya. Happy ending la ni! Yeayyy! Rumah "Full House" tu dapat balik kat Lee Tae Ik. Manager yang jahat tu dipecat sudah! Haha lagi satu! Di sebalik nama "Full House" tu, Full dalam bahasa Korea "Man", House dalam bahasa Korea "Ok". So, Jang Man Ok & Lee Tae Ik memang dah ditakdirkan bersama. THE END!

Pada sesiapa yang terlepas tengok/ baru nak tengok.
Silakan tengok di OneTVAsia :)


*sengih sampai telinga

Sekarang cerita yang gantikan Full House Take Two ni, 
Cheongdam-dong Alice!
Isnin - Khamis, 7:40pm.
Jangan tak tengok! :)

Lots of ♥ SERI


Thank You ♥


  
 

Thank You ♥ by Summersdale (RM24.90)

Everyone needs a little help from their friends from time to time, and we all know people who deserve a great big 'Thanks!' This collection of heart-warming and thought-provoking quotations is the perfect give for those who've helped us out in any way. Big or small.

"Friends are those rare people who ask how we are and then want to hear the answer." -ED Cunningham
"But friendship is the breathing rose, with sweets in every fold." -Oliver Wendell Holmes (No Time Like The Old Time)
 "A man's true wealth is the good that he does in this world to his fellows." -Nabi Muhammad saw

I bought this book at Kinokuniya KLCC.
Go get yours! :)

Lots of  ♥ SERI


Keep Calm For Mums ♥


  
 

Keep Calm For Mums ♥ by Summersdale (RM23.90)

This book is packed with witty and uplifting quotations to help you get through those manic moments and keep smiling, as only a mum can.

"All that I am or ever hope to be, I owe to my angel mother." -Abraham Lincoln
"I couldn't live without my music, man. Or me mum." -Robbie Williams
"A mother's arms are more comforting than anyone else's." -Diana, Princess of Wales 

I bought this book at Kinokuniya KLCC.
Go get yours! :)

Lots of  ♥ SERI